MSN Home  |  My MSN  |  Hotmail
Sign in to Windows Live ID Web Search:   
go to MSNGroups 
Groups Home  |  My Groups  |  Language  |  Help  
 
Sarimah Ibrahim - Fans' ClubSarimahIbrahimFansClub@groups.msn.com 
  
What's New
  Join Now
  Home  
  Announcements  
  About Sarimah  
  Biodata  
  Message Board  
  Pictures  
  Contact Sarimah  
  Acknowledgement  
  Links  
  The Perfect Host  
  
  
  Tools  
 

http://www.bharian.com.my/Entertainment/BiPop/Gosip/20040322103343/index_html

 

Sarimah komited, tapi terlepas cakap

Oleh Zubir Mohd Yunus
22 March 2004
Hantar kepada rakan | Format Pencetak


Sarimah dan Khairil

SEHARI selepas kelahiran puteri sulung, Nuralya Hanis, Zubir terus ke Genting Highlands untuk menjayakan full dress rehearsal malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABP-BH2003) bersama penyampai trofi dan rakan artis lain yang bakal menjayakan segmen persembahan.

Antara selebriti yang kelihatan ialah Sarimah Ibrahim, Khairil Rashid (penyampai radio Era), Mas Idayu, Anuar Zain, Julie Dahlan, Ella, Datuk A Rahman Hassan, Jatt, Too Phat, Datuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza.

Selesai rehearsal kira-kira jam 12.30 tengah malam, Zubir menerima kiriman SMS (Sistem Pesanan Ringkas) Sarimah yang menyatakan kekesalannya apabila sebilangan besar artis yang terbabit dengan penganjuran ABP-BH2003 terutamanya penyampai trofi (presenters), tidak menghadiri sesi latihan.

Untuk menyelami perasaan Sarimah yang ternyata sugul selepas Zubir membaca kiriman SMSnya, Zubir pun terus menghubunginya walaupun ketika itu jam hampir menunjukkan 1 pagi.

"Aku sedihlah Zubir. Jam 8 pagi tadi aku baru habis shooting Gerak Khas 3 (GK3), terus drive ke Genting for rehearsal ABP-BH2003, tapi malam ni, ramai presenters tak datang. Kalau aku boleh komited dengan kerja, kenapa dia orang (presenters), tak boleh Zubir? Macam ni tak adillah. Ada yang datang, ada yang tak.

"Penat, semua orang penat. Aku lagilah, penat shooting pun tak hilang lagi, tapi demi memastikan ABP-BH2003 berjalan lancar, aku sanggup datang walaupun penat. Nasib baik aku tak accident masa on the way ke Genting tadi, aku mengantuk Zubir...," cerita Sarimah kepada Zubir dalam nada keletihan.

Zubir tabik spring dengan Sarimah dan artis lain yang datang rehearsal ABP-BH2003. Komitmen mereka superb! Tapi, ada juga seorang dua artis yang tak hadir latihan, namun memaklumkan perkara berkenaan kepada pengurusan Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (Akademi) kira-kira sebulan yang lalu.

Justeru, ketidakhadiran mereka, pihak Akademi dah tahu. Tapi, mana pergi artis lain? Hanya jauhari mengenal manikam.

Apabila tiba malam kemuncak ABP-BH2003, Sarimah pun muncul bersama Khairil sebagai pasangan penyampai pertama untuk mengumumkan pemenang bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular dan Pengacara TV Wanita Popular.

Semasa Sarimah berceloteh dengan Khairil dalam usahanya menceriakan malam ABP-BH2003, dia terlepas cakap apabila menyebut `kepala otak'! Bagi Zubir, kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula Sarimah adalah seorang yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan.

Zubir berpendapat, mungkin Sarimah terlalu excited dan dia tak sedar gurauannya itu agak keterlaluan. Benar, sebagai manusia kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan hal yang sama berlaku ke atas Sarimah. Tapi, sepanjang Zubir mengenali Sarimah, memang begitulah caranya, dia kalau bercakap memang lepas!

Selain itu, Zubir juga tabik spring dengan diva bertaraf antarabangsa, Anita Sarawak yang mempersembahkan lagu Seksis pada majlis pembukaan ABP-BH2003. Untuk pengetahuan semua, Anita tak datang rehearsal pada malam sebelumnya, tapi masih mampu memberikan persembahan bertenaga.

Aksi lincah Anita di pentas persis seorang gadis berusia belasan tahun, padahal usia Kak Nita (Anita) kini dah melebihi 50 tahun. Justeru, apabila Anita tak datang rehearsal, namun persembahannya superb, sendiri mahu ingatlah beb. Jangan banyak bunyi! Anita profesional, kalau tak mampu, jangan ikut cara dia.


Notice: Microsoft has no responsibility for the content featured in this group. Click here for more info.
  Try MSN Internet Software for FREE!
    MSN Home  |  My MSN  |  Hotmail  |  Search
Feedback  |  Help  
  ©2005 Microsoft Corporation. All rights reserved.  Legal  Advertise  MSN Privacy