|
| | 10/27/2006 6:55 AM  KHUCAY
YANG TERSURAT ADALAH SEMUA BAHASANYA YANG TERLIHAT ADALAH SEMUA SIKAPNYA YANG TERSIRAT ADALAH SEMUA TUTUR KATANYA KU TAK MUNGKIN MELUPAKANNYA DI JALAN MANA DIA AKAN BERHENTI DI TEPI MANA DIA AKAN BERTEDUH DI HALUAN MANA DIA AKAN BERBELOK SUNGUH KITA ADA UPAYA UNTUK MENGHENTIKANNYA AIR MATA SELALU JADI SAKSI SETIAP DOA YANG DIPANJATKAN MENJADI HARAP YANG BERBALUT SENYUM PASRAH AKAN KAH DIA SELALU ADA UNTUK KITA ATAU MUNGKIN DIA AKAN MENGHILANG MENJAUH DARI KITA YANG PERLU KITA FIKIRKAN BISAKAH KITA JAUH DARINYA BISAKAH KITA KEHILANGAN DIRINYA BISAKAH KITA TIDAK LAGI MELIHATNYA SITI NURHALIZA, ENGKAU BUKAN SEKEDAR BIDADARI ENGKAU PULA BUKAN SEKEDAR PENYANYI TETAPT ENGKAU LAH JIWA DAN NAFAS INI...................
| |
|
| | 7/20/2005 8:01 PM  adika_insan786
Jawapan Badarsilar dan Nirmala................... Kata tidak beerti lagi..... Masa tidak menjadi keutamaan... Jangan kata tidak mencapai bintang.. kirannay pernah melihat "ITU" Jika Wasilah-Mu miliku dirimu... Dimana YANG TERPUJI RAHSIA ALLAH di hatimu... Muhammad Asirullah makna di atas hanya menulis... Kalau faham tersirat pasti tersurat.... Yang Nyata matamu tidak keliru... Firasatmu tidak salah... Mungkin salah kerana TAKDIR PENENTU SEGALANYA... MUNGKIN kerana "MIMPI" yang dirimu alami di masa kecil menjadi penyangga.. kehidupanmu.. Mungkin "SIDIA" yang dirimu nantikan ada dan hadir tanpa dirimu sedari.. Namun ketahuilah "SIDIA" itu tidak mampu menghampiri dirimu.. kerana "INSAN" "SIDIA" itu hanya mampu untuk Menghampiri yang MAHA ESA dan MAHA PENCIPTA.. Kiranya Badarsilar dan Nirmala itu rujukan hati dirimu..... Itu bukan lagi mimpi... Jika Cinta Luar Biasa milikmu... itu bukan mustahil... cuma yang mustahi kehidupan ini... pernuh 1000 rahsia dan misteri... Perjalanan kian hujung...masa berlalu... Takdir Ilahi berputar laju... Harap˛ dirimu memahami...... INSAN yang menjadi Wasilah -Nya memang tercipta untuk dirimu.... Sekadar kata-kata nukilan Jiwa..... Akhir kata... Selamat Maju Jaya untuk semua manusia,insan,orang islam dan sesiapa yang membaca... tidak membawa makna apa˛ sekadar renungan.........BERSAMA.......
| |
|
| | 9/2/2003 10:09 AM WebMaster Joe
Pantun Ulangtahun Untuk Siti | From: Rushie (Original Message) | Sent: 1/29/2003 9:14 PM | | Wahh.. semua orang berebut-rebut nak bagi Siti sajak, puisi, madah-madah pujangga.. dan macam-macam. Well, saya pun nak bagi la pada Siti sikit. Sebuah pantun khas untuk Siti (yang dikarang berasaskan kepada huruf pangkal nama S.I.T.I). Here it goes:
Sungguh lebat pohon selasih, Ingin berdahan sepuluh purnama; Tuan ibarat cindai terpilih, Indahnya bukan sekadar nama.
Siti, tiliklah maksud puisi tradisional abang ni yer! Dalam maksudnya tu. Kalau nak jadi pohon selasih, jangan jadi pohon selasih yang hanya berdahan satu atau dua purnama. Fikirkan jangkapanjang. Sebab itu saya kritik perjalanan dan halatuju kerjaya Siti yang mempunyai "nilai evolusi" yang sangat perlahan sejak dahulu. It's time now for a new paradigm shif!
Siti juga adalah "cindai terpilih" dan bukan seperti cindai-cindai yang lain. Sebelum munculnya Siti Nurhaliza, kita ada Siti Nurziana (Ziana Zain) dan Siti Fauziah Latif (Jee). Tapi "Siti" mereka tidak setaraf dengan status "Siti" penyanyi yang bernama Siti Nurhaliza. You are simply in your own class!
Selepas ada Siti Nurhaliza, muncul pula Siti-Siti baru yang lain - seperti Siti Sarah, Siti Nordiana.. dan ada macam-macam Siti lagi. Tapi Siti Nurhaliza tetap berjaya mengekalkan status sebagai satu-satunya "Siti" yang asli dalam industri muzik Melayu. Kenapa? Sebab Siti adalah ibarat "cindai terpilih" dan bukan sekadar cindai terbaik. Kalau "terbaik", ada banyak. Kalau "terpilih", hanya ada SATU sahaja!
Errr... merapik meraban pula saya kali ini. Mesti korang semua heran, kenapa saya dok puji Siti kali ini sebab selalunya saya dok kritik saja. Bukan apa.. saya happy sebab Siti dah tangguhkan pelancaran albumnya. Untuk membuktikan bahawa Siti nak buat yang TERBAIK dan bukan kelam-kabut semata-mata nak tambah kuantiti album. Bagus la tu Siti.. live up to your reputation as the one and the only one... "cindai terpilih"!
|
| |
|
| | 8/27/2003 5:47 AM WebMaster Joe
| From: Rushie (Original Message) | Sent: 1/13/2003 12:55 AM | | Saya ingin menghadiahkan Siti puisi tradisional Melayu - sempena dua peristiwa terbesar dalam hidup Siti, iaitu sambutan Hari Lahir ke-24 dan sempena pelancaran album terbaru Siti pada Februari nanti. Buat Siti Nurhaliza Tarudin, tiliklah rangkap-rangkap pantun dan seloka hasilan nukilan asli Abang Rushie yang jauh di Hemisfera Utara ini. Mungkin di dalamnya, ada kata pedoman yang berguna untuk ditenung dan ditaakul.
SELOKA SITI (Hadiah ulang tahun hari lahir)
Kalau Siti laksana bunga, Biarlah Siti jadi cempaka, Walau mekar di hujung desa, Semerbak harum sampai ke kota.
Janganlah jadi bunga plastik, Bila dipandang kepalang cantik, Hati terasa nak petik-petik, Tapi sayang baunya tengik! (Bau kilang Cina!)
Kalau Siti ibarat nasi, Biarlah jadi pulut Melayu, Makin digemal dengan jemari, Makin melekat makin sepadu.
Janganlah jadi beras basmati, Harganya mahal tidak ternilai, Sayangnya tidak mampat terisi, Ditenyeh sedikit sudah berderai!
PANTUN PEMINAT IKHLAS (Sempena Pelancaran Album)
Kami semua jauhari bestari, Kami kenal manikam bermutu; Manikam sumbing kami tak beli, Kilaunya pudar tidak menentu.
Tembaga perang walau sebukit, Tidak setanding secubit emas; Dimensi seni bukannya sempit, Ibarat lautan saujana luas. |
| |
|
| | 8/27/2003 4:56 AM WebMaster Joe
| From: roja | Sent: 1/14/2003 9:14 AM | | apa lagi hendak difikir, bunga hati telah dimiliki, potretmu ct ku lukis senyum diukir, namun pada siapa hendak kuberi? |
| |
|
| | 8/27/2003 4:56 AM WebMaster Joe
| From: Nakata | Sent: 1/2/2003 10:17 PM | | Awak ni suka betul kutuk ct.Sebenarnya tak ada org nak layan,tengok pantun awak tak ada org nak jawab.Ok saya ada 1 pantun,baca yek ANAK BERMAIN DENGAN RAKIT RAKIT MUDIK BERTEMU PERAHU BUKAN CT MENCAGAR RINGGIT ANUGERAH ILAHI SIAPA YANG TAHU. BAWANG DIHIRIS MENITIS AIRMATA ENAKNYA GULAI DITAMBAH GARAM DARI DESA DATANG KE KOTA MEMBAKAR DIRI MENCARI ILHAM. JANGAN LEKA JANGANLAH LUPA SURUHAN TUHAN AMALAN HARIAN HORMATKAN IBU PATUHKAN BAPA BUDI BAHASA ITU BAWA KEJAYAAN. |
| |
|
| | 8/27/2003 4:56 AM WebMaster Joe
| From: Rushie (Original Message) | Sent: 12/29/2002 8:51 PM | | Pohon kuini di Kuala Rengit, Kayu jati dikerat-kerat; Kerana seni dicagar ringgit, Sanggup Siti tikam peminat. Jawab... jangan tak jawab!  |
| |
|
| | 8/27/2003 4:55 AM WebMaster Joe
| From: roja | Sent: 6/28/2003 1:45 PM | | siti nurhaliza lagunya nirmala. penuh kesyahduan menggamit rasa, bergelar penghibur no1 negara, sentiasa menjadi idola Roja. |
| |
|
| | 8/27/2003 4:55 AM WebMaster Joe
| Ha...nie pantun 2 kerat ye..... 1.Budak-budak bermain titi Asyik tersedak nak jumpa siti. 2.Burung Garuda bersarang tipis, Jom ramai-ramai ke Lipis. 3.Anak teruna berkain pelekat, Ada hari kita ble pakat Saper tak nak ikut kat bawah nie jawapannyer......tak payah balas pun tak per .he..he... 1.Naik Perahu mudik ke hulu, Saya mahu tapi jalan ler dulu |
| |
|
| | 8/27/2003 4:54 AM WebMaster Joe
| From: reen | Sent: 3/21/2003 10:15 PM | | kapal terbang berlegar di awan kapal laut mudik di kuala kalau hati sudah tertawan sokonglah dia sampai bila2 |
| |
|
| | 8/27/2003 4:54 AM WebMaster Joe
| Pergi ke kedai membeli halia, Anak itik memakan dedak, Walau ramai orang mengata, Minat kat siti kurang pun tidak. |
| |
|
| | 8/27/2003 4:54 AM WebMaster Joe
| From: gohan | Sent: 1/6/2003 9:17 PM | Berdentam dentum guruh di langit tandanya hujan nak turun segera, Saingan memang cukup sengit siapa menang dapat anugerah.
|
| |
|
| | 8/27/2003 4:54 AM WebMaster Joe
| From: Nakata | Sent: 1/2/2003 10:26 PM | | EMBUN MENITIS DILURAH DILEMBAH HILANG DI BALIK MENTARI BERCAHAYA LEMBUT JANGAN DISANGKA LEMAH SUARANYA BISA MENGGONCANG DUNIA |
| |
|
| | 8/27/2003 4:53 AM WebMaster Joe
| From: gohan | Sent: 10/24/2002 8:16 PM | | Pergi ke pasar membeli tawhu Singgah sebentar kedai Pa'Ali Kalau nak tunggu album CT yg baru Tolonglah beli yang paling asli |
| |
|
| | 8/27/2003 4:53 AM WebMaster Joe
| From: Izwan | Sent: 10/24/2002 5:06 PM | | Pagi pagi pergi ke pasar Pergi ke pasar membeli tairu Adek dah tak sabar-sabar Nak tunggu album Ct yang baru |
| |
|
| | 8/27/2003 4:53 AM WebMaster Joe
| From: gohan | Sent: 9/4/2002 12:01 PM | | Banyak purnama telah berlalu Namun hati masih merindu, Sampai bila kami nak tunggu Berjumpa Siti yang sungguh ayu. |
| |
|
| | 8/27/2003 4:53 AM WebMaster Joe
| From: gohan | Sent: 8/24/2002 2:45 PM | Burung nuri burung merpati Tak kan sama si burung enggang, Macamana nak jumpa Siti Bodyguard saja keliling pinggang.
|
| |
|
| | 8/27/2003 4:52 AM WebMaster Joe
| From: baidah (Original Message) | Sent: 8/23/2002 10:47 AM | | Wood is kayu, Duck is itik, When i miss u Ct, I climb pokok betik. |
| |
|